Monday, December 20, 2010

Jom ke JDK 2010 !!

Terdapat sekitar 450,000 orang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010. Terdapat sebahagian mereka yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selain ada yang juga yang bekerja. Pun begitu, sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah sekaligus memungkinkan mereka terjebak dengan gejala sosial.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangun modal insan seimbang, maka satu konsep latihan meliputi aspek aqli, jasmani, rohani dan emosi perlu direncana. Oleh itu, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) serta Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan merancang untuk melaksanakan Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja bagi kali kedua selepas berjaya melaksanakannya pada tahun 2009. Kursus ini sangat relevan dalam membantu menjayakan hasrat kerajaan dalam mencapai matlamat murni tersebut.

Objektif:
[] Memberi pendedahan aspek pembentukan jatidiri dan kesukarelawanan kepada peserta.
[] Mendedahkan peserta kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi.
[] Membina kemahiran pengurusan diri dan masyarakat.
[] Melahirkan individu yang cakna, sayang dan sedia berbakti kepada masyarakat
[] Melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.

Modul-Modul yang Ditawarkan:
[] Orientasi
[] Majlis perasmian
[] Modul Anjakan Paradigma
[] Modul Kemahiran Insan dan Profesional
[] Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
[] Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
[] Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
[] Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
[] Perasmian penutup

Penyertaan:
Terbuka untuk lepasan SPM2010. Terhad kepada 100 orang sahaja!

Yuran:
Yuran yang dikenakan untuk sepanjang 22 hari program berlangsung ialah sebanyak RM 550.00 sahaja meliputi kos makanan, penginapan, pengurusan dan lain-lain.

Tarikh:
25 Disember 2010 (Sabtu) – 15 Januari 2011 (Sabtu) [3 Minggu

No comments:

Post a Comment