Wednesday, April 27, 2011

Duga Akal - Bagaimana Caranya ?

Andaikan anda mempunyai 2 buah botol berisi air. Kedua-dua botol itu berlainan isipadunya. Salah satunya berisi 5 liter air manakala yang satu lagi berisi 3 liter air. Dapat bayangkan ?

Sekarang, anda dikehendaki menjadikan salah satu botol yang berisi air itu mengandungi air dengan isipadu sebanyak 4 liter. Tanpa menggunakan botol lain mahupun menyukatnya, ayuh selesaikan masalah ini !


                                                Botol 5 liter

Macam mana ya? 
Kepada para pembaca yang bijaksana, saya nantikan jawapannya !
Moga perkongsian ini memberi manfaat.

Tuesday, April 19, 2011

Apa yang Penting ?

" Apa yang penting ? Kerjasama ! Apa yang penting ? Kerjasama ! ...." . Kebanyakan kanak-kanak pastinya terbiasa dengan ungkapan ini. Anda pula bagaimana?

Namun, bukanlah hasrat saya untuk membincangkan perkara ini dalam 'post' saya tetapi cukup sekadar 'intro' penulisan sebelum berbicara dengan anda semua. Sebagai penulis yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia 'blogging' ini, saya tertanya-tanya apakah sebenarnya nadi penting bagi sebuah blog ? Kalau nak terus benafas, relevan dan diterima pastinya bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi hari ini sudah ada beribu dan mungkin berjuta blog. Adakah nadi itu....

Isi kandungannya ?

Aksesorinya ?

ataupun ...

Gaya penulisannya ?

Pada saya, semua ini ada peranan tersendiri. Dan bagi saya, memerhatikan semua ini sebelum memulakan sebuah blog dapat membantu saya menentukan halatuju blog yang akan saya kendali agar nadinya tidak terhenti sebelum ajal dan waktunya tiba.

Tapi, semestinya antara elemen-elemen itu ada prioritinya yang tersendiri.  Pastinya anda ada jawapan antara elemen-elemen ini yang mana satukah sepatutnya diberikan keutamaan. Isi kandungannyakah, aksesorinyakah ataupun gaya penulisannyakah? Mana yang sepatutnya menjadi nadi utama ya? Apapun, saya tidak mahu berbicara panjang lebar tentang itu.Apa yang Penting ? Biarlah blog ini ada nadinya.

Moga Allah S.W.T terus memberikan kekuatan pada setiap perkongsian dalam blog ini. Diharap ada sesuatu yang bermanfaat diperoleh daripadanya.

" للهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا أنت تجعل الحزن إذا ما شئت سهلاl "



Monday, April 18, 2011

Biar bertatih dahulu....

Banyak yang ingin dikongsi, namun biarlah diri ini perlahan-lahan berjalan........

Melihat orang lain menulis, aku juga rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalaman melalui medium ini. Apakah kerana ikutkan orang, kita lakukan sesuatu ?

Pasti jawapannya TIDAK !

Kadang-kadang kita mempersoalkan diri sendiri mengapa aku berbuat begitu dan begini. Benar, itulah sebenarnya kepentingan agar bertindak menurut matlamat yang tepat dan jelas.

Moga langkah ini dimulakan dengan niat yang betul agar beroleh redha-Nya,

 إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim 

Akhirnya, mari kita tontoni video ini

                          kredit kepada Hilal Asyraf ( Langit Ilahi TV Show )

Jom ke HiMEGA 2011 !

Jom ke HiMEGA 2011 !













Tagline: "Nurturing 'Alim Mujahid"


Venue: KAED Auditorium, IIUM Gombak

Yuran : RM60

HiMEGA menyediakan modul-modul berikut....

1. Ice breaking, Grouping & Team building:-
Modul ini mungkin aktiviti yang biasa dimana-mana program cuma yang membezakannya ialah falsafah yang ingin diterangkan berkisar seputar ciri 'Alim Mujahid (Pejuang yang berilmu).

2. Slot 1: Pengenalan apa itu Alim Mujahid?
Akan dikongsikan disini oleh seorang pensyarah dari USM tentang pengenalan secara menyeluruh apa itu Alim Mujahid.

3. Slot 2: Konsisten dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan (Jiddiyah & Istiqamah)*
Akan dikongsikan oleh Ketua Eksekutif sebuah Kolej di Kelantan iaitu Kolej Teknologi Darul Naim. Disini elemen-elemen yang penting yang perlu ada oleh seseorang mahasiswa dalam memastikan diri adalah konsisten dan sentiasa bersungguh-sungguh akan dikongsikan.

4. Slot 3: Mahasiswa Mukmin cemerlang*
Akan dikongsikan oleh seorang pensyarah (PHD in Chemistry) dari UTM skudai. Persoalan bagaimana mahu seimbangkan akademik dan ko-korikulum akan dikongsikan.

5. Slot 4: Akademik & Dinamik
Akan dikongsikan oleh seorang pensyarah dari UKM iaitu dr Azizan Ahmad. Seorang figura yang amat hebat .

6. Future job prospect
Di slot ini, mahasiswa-mahasiswa akan berkongsi bersama peserta tentang bidang-bidang kritikal yang sangat di perlukan kini. Modul ini penting kerana masih ramai lagi lepasan SPM yang masih keliru tentang bidang yang mereka patut pilih mengikut minat dan keperluan.

7. Forum Mahasiswa: "Alim Mujahid dan Dunia Campus"
Dalam forum ini, akan dibentangkan bagaimana cara-cara untuk menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa.

* Ceramah satu jam diikuti dengan bengkel (Kajian kes)