Tuesday, April 19, 2011

Apa yang Penting ?

" Apa yang penting ? Kerjasama ! Apa yang penting ? Kerjasama ! ...." . Kebanyakan kanak-kanak pastinya terbiasa dengan ungkapan ini. Anda pula bagaimana?

Namun, bukanlah hasrat saya untuk membincangkan perkara ini dalam 'post' saya tetapi cukup sekadar 'intro' penulisan sebelum berbicara dengan anda semua. Sebagai penulis yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia 'blogging' ini, saya tertanya-tanya apakah sebenarnya nadi penting bagi sebuah blog ? Kalau nak terus benafas, relevan dan diterima pastinya bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi hari ini sudah ada beribu dan mungkin berjuta blog. Adakah nadi itu....

Isi kandungannya ?

Aksesorinya ?

ataupun ...

Gaya penulisannya ?

Pada saya, semua ini ada peranan tersendiri. Dan bagi saya, memerhatikan semua ini sebelum memulakan sebuah blog dapat membantu saya menentukan halatuju blog yang akan saya kendali agar nadinya tidak terhenti sebelum ajal dan waktunya tiba.

Tapi, semestinya antara elemen-elemen itu ada prioritinya yang tersendiri.  Pastinya anda ada jawapan antara elemen-elemen ini yang mana satukah sepatutnya diberikan keutamaan. Isi kandungannyakah, aksesorinyakah ataupun gaya penulisannyakah? Mana yang sepatutnya menjadi nadi utama ya? Apapun, saya tidak mahu berbicara panjang lebar tentang itu.Apa yang Penting ? Biarlah blog ini ada nadinya.

Moga Allah S.W.T terus memberikan kekuatan pada setiap perkongsian dalam blog ini. Diharap ada sesuatu yang bermanfaat diperoleh daripadanya.

" للهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا أنت تجعل الحزن إذا ما شئت سهلاl "



7 comments:

  1. Salam.

    bagi ana, nadi sesebuah blog ialah penulisan dari hati.

    walau semanis mana kandungannya, secanggih mana aksesorinya, seindah mana gaya penulisannya, tapi jika tidak dari hati, tak akan dapat menyentuh apa lagi mengegarkan hati pembaca.

    *Senyum sokmo!
    *Btw, boleh berkenalan? pernah jumpa tak?

    "Selamat Menulis!"

    Salam

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    permulaan terbaik..semoga wadah penulisan dpt dijdkan wasilah untuk mengerakkan hati dan iman..salam perjuangan!

    ReplyDelete
  3. salam zairah....

    Setuju dengan pendapat Al-Fakir Hamidi, penulisan dari hati....

    Rasa ingin menyampaikan sesuatu kepada orang lain, kerna sudah menjadi kewajipan kita mutakhir kini.

    Teruskan menulis wahai sahabat...

    kalam-azimat

    ReplyDelete
  4. Bismillah.

    Setuju dengan pendapat-pendapat di atas,
    penulisan dari hati sangat penting. Kerana dari hati akan sampai jua dari hati.

    Lebih hebat lagi, penulisan dari hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T :)

    ReplyDelete
  5. ana vote pada komen2 diatas.....
    perkongsian dari hati sangat penting.....

    dan dr segi pengalaman, ana sebenarny tak suka baca penulisan melalui blog, (roh membaca tak leh dipisahkan dari buku)... ^^

    tapi, bilamana hati nie berhajat artikel melalui blog lah yg akan ana cari, satuny sbb mudah nak caru tajuk yg dihajat oleh hati....

    so akhi, teruskan lah menulis dari hati kerna itu yg manusia cari... ^^

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada semua yang memberi komentar...
    Benar, penulisan daripada hati itu yang UTAMA !

    ReplyDelete
  7. Buat Al-Fakir Hamidi :

    Salam perkenalan

    ReplyDelete