Sunday, May 22, 2011

Duga Akal - Jom Cuba !

Bagi post kali ini, saya ingin berkongsi beberapa video yang sangat menarik dan menduga akal kita. Setiap video mengandungi beberapa soalan yang harus dijawab dalam masa yang pantas. Sebelum menjawab, sediakan minda anda. Jom cuba !

Amazing Phsyco-Test A


Amazing Phsyco-Test B

Jom cuba lagi !


Amazing Phsyco-Test C


Amazing Phsyco-Test D

Menurut sumber, video di atas sebenarnya adalah hasil daripada kajian yang dijalankan kepada kebanyakan orang. Dan berdasarkan statistik kajian itulah, mereka boleh mengeluarkan jawapan sepertimana pada akhir setiap video. Hebat bukan ? Macam mana kebanyakan daripada kita boleh mendapat jawapan yang serupa.

Rupanya masih banyak lagi rahsia akal yang Allah kurniakan kepada kita ini. Hebat sungguh ciptaan-Nya !
Mari berintrospeksi kerana kita milik-Nya !


Saturday, May 14, 2011

Analogi Kehidupan - Jangan Tersasar !

Kadang-kadang sebagai manusia, kita sentiasa akan dibisik dengan pelbagai bisikan. Apa yang lebih malang apabila bisikan itu merupakan bisikan keseronokan agar lari daripada landasan tujuan kehidupan. Apa yang kita rasakan baik pada diri kita padahal sangat dimurkai Allah. Tidakkah kita ingat firman-Nya yang berbunyi :-



Maksudnya :
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ( Al-Baqarah : 216 )


Jom tontoni video ini, moga beroleh manfaat darinya !





Berhasrat menghasilkan video sendiri tetapi masih belum berkesempatan.
Mari berintrospeksi kerana kita milik-Nya !

Friday, May 6, 2011

Ajaibnya Seorang Mu'min !


Rasulullah SAW bersabda :

”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.” ( Riwayat Muslim )

Pertama kali mendengar hadis ini, diri ini terpegun memikirkan perihal orang-orang mu'min. Sungguh hebat golongan ini apabila mereka dirasuk kuasa iman. Apa tidaknya, telah banyak bukti sahabat baginda yang menjadi contoh pengajaran kepada kita. 

Umar Al-Khattab dengan keberanian mengumumkan keislamannya manakala Bara' Bin Malik pula nekad merentasi dan menebas musuh di sekelilingnya. Thariq Bin Ziyad terkenal dengan kata-kata agungnya ketika peristiwa penaklukan Andalusia iaitu " di belakang kita laut dan di depan kita pula musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Sesungsuhnya kita takkan pulang sebelum mencapai antara kedua matlamat itu!". Dan  tidak lupa juga Jaafar B Abi Talib yang mengorbankan kedua belah tangannya mempertahankan panji Islam di medan perang Mu'tah tetapi mendapat kembali gantian sayap di syurga kelak dan kemudian lantas Rasulullah menggelarnya ' Jaafar at-Toyyar'.

Kisah Pembebasan Kota Constantinople

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan setelah Kota Constantinople berjaya ditawan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad Al-Fatih memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Apa Ibrahnya ?

Apa ibrahnya kepada saya (terutamanya) dan mungkin juga anda !
Setelah meneliti diri, rupanya masih jauh lagi saya dengan perjuangan mereka yang terdahulu. Sungguh tidak terjangkau kehebatan mereka yang hidup dengan iman.

Benarlah sepertimana ungkapan yang pernah saya dengar,

" Hidup ini hambar tanpa IMAN ! "

Moga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada kita.


Mari berintrospeksi kerana kita milik-Nya !