Saturday, February 11, 2012

Travelog KTD

Inilah KTD

Seawal jam 8.30 pagi, perjalananku ke negeri serambi Mekah mula perlahan-lahan bergerak menuju destinasi. Kereta A323 F Mazda ala Porsche milik Azmir dipandu meninggalkan perkarangan Sek Men Agama Kg. Laut; tempat pertemuan kami sebelum bertolak. Rancangan on-the-spot itu disertai saya, Azmir dan adik; Irfan.
Porsche Azmir. :) HAHA
Khusyuk drive!
dok sedor kena ambik gambor. kui3


Alhamdulillah, sepanjang perjalanan lancar.

Setibanya di Kota Bharu, kami mula menelefon sahabat kami; Fatmi untuk menjadi tour guider perjalanan ini. Dia datang dengan motor barunya, Wave 110 RS menjemput di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa tempat kami menunggu setelah arah yang dituju tidak ketemu. Hajat kami ke Kota Bharu ini cuma satu, melawat sahabat-sahabat di KTD.

K-Kolej
T-Teknologi
D-Darulnaim

Ada mentafsirkannya dengan berbagai tafsiran. Kolej Terbaik Dunia, Kolej Tarbiyyah Dakwah, Kolej Tentera Darat dan macam-macam lagi. Apapun tafsiran mereka, semoga KTD terus melahirkan insan yang hebat.

Ruang Solat di Masjid Muhammadi

Suasana dalam masjid

Mulanya, kami dibawa berkunjung ke kolej kediaman pelajar KTD di Tanjung Chat. Setibanya di situ, kebetulan Allah menyusun kami bertemu Faris; juga senior kami. Terus dipelawanya kami ke rumahnya untuk makan tengahari. Waktu itu, beberapa jam sebelum solat Jumaat. Jadi, kami ambil keputusan untuk ke rumahnya selepas solat. Kemudiannya, kami ke Masjid Muhammadi usai menjamah sedikit makanan di kedai makan berhampiran. Solat Jumaat selesai. Perjalanan selepas itu diteruskan ke rumah Faris yang juga bersama seorang lagi senior kami; Zubir.

Faris juga menjemput beberapa orang sahabat kami yang lain. Naqiuddin, Rahman, Muizz dan Faiz ikut sama.          
Bukan hendak bercerita tentang sedapnya nasi yang dihidangkan, tetapi beginilah erti kehidupan. Berkongsi dan memberi. Kadang-kadang kita terfikir ke mana arah tuju selepas ini ? Tidak lain dan tidak bukan pastinya akhirat yang kekal abadi. Lantas mereka yang ingin memecut laju ini tidak lupa untuk sama-sama menghulur tangan agar gerabak yang dipandu tidak lompong dengan hanya dua tiga orang penumpang .

Tengok nasi, lapor la pulok !

Makang mang! dokyoh malu2. HAHA :)

Hoo. . .ambik nok!

" Ambe ade handset je, dok tau nak belanje mende ? " -Muizz

"Tambah 2x. . ." -Zubir (tuan rumah)

All pictures taken from Faris Zakaria's Album.
Next venue is KTD.

Kami pun bergerak berpandukan arahan tour guider; Fatmi. Kebetulan, keesokan harinya adalah kenduri kesyukuran majlis perkahwinan En. Sodiq dan pasangannya Cik Nur Faizah. Suasana nampak sedikit sibuk dan meriah. Dan kami berkesempatan mendengar celoteh Pak Cik Rosdi Baharom ( Timb Pengurus HEP KTD ) petang itu yang saya tahu begitu berpengalaman dalam tarbiyyah sedang dia menjadi penonton latihan nasyid. Mendengar celotehnya sahaja memberikan saya semangat. Semangat untuk terus berjuang. Senyumannya tidak akan saya lupa. Titipan peringatan tidak lekang dari mulutnya. Sungguh, saya bahagia dengan itu semua. Petang itu juga, saya sempat bertemu tapi hanya sekadar bersalaman dengan Dr. Abdullah Sudin; Ketua Eksekutif KTD. Beliau nampak sibuk memantau persiapan yang dibuat. Tidak berapa lama selepas itu, Cg. Razali Maarof datang. Entah kenapa saya lebih selesa memanggilnya dengan gelaran cikgu sedangkan beliau adalah Pegawai Pemasaran KTD, mungkin sebabnya kali pertama saya berjumpa dengannya gelaran itu yang digunakan. Jadi, lekat sampai sekarang. Azmir mengajak saya menyapa Cg. Razali. Seperti biasa, beliau menyambut baik. Kalau dengannya, semangat pasti membuak-buak.  Tapi masa bersama singkat sahaja. Walaupun sekejap sahaja dengannya kerana katanya ada kerja lain yang nak diuruskan, saya rasa itu sudah cukup. 

Bersama Pak Cik Rosdi Baharom
Din, solo utama. :)

Bagi saya trip ini sungguh bermakna.
Kalaulah borang post-mortem program diedar, pasti komen baik-baik saja yang diberikan.
Beginilah kehidupan.
Hiduplah dengan orang yang beriman pasti kehidupan bukan saja tenang tapi yang lebih penting nanti adalah keredhaan Tuhan akan digapai.
Namun, hidup beriman bukan senang. Ada saja masa turun naiknya.
Apapun, perjalanan harus diteruskan dengan kekuatan supaya sisa hidup tidak tersia begitu saja.

Jadi, ayuh !
Mari berintrospeksi kerana kita milik-Nya !

Wednesday, February 8, 2012

Jangan Berhenti !

Hit your nose !
" Hit the nose. "

Saya sukakan ungkapan ini. 

Untuk istiqamah bukanlah suatu perkara yang mudah. Pengorbanan yang amat besar dituntut untuk kita realisasikannya. Sebab itu, kita perlu sentiasa mencari suasana yang boleh membantu kita untuk berterusan mujahadah. Sewaktu di sekolah dulu, saya ada peluang berusrah dengan seorang ustaz. Ustaz Rajaie namanya. Alhamdulillah, sekarang dengarnya dia dah tamat pengajian Master di UKM. Bila dalam majlis bersamanya, ustaz selalu " hit the nose" kami ahli-ahlinya. Terasa dipukul apabila pengisian yang diberi seolah-olah menembak selaju peluru kepada kami. Entahlah, mungkin ada yang kata biasa-biasa saja. Tapi bagi saya, tembakan-tembakan seperti itu yang saya mahukan. Bukan apa, kadangkala kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu salah dan proses berintrospeksi itu bukan saja harus tapi mesti ada. Kalau tak ada yang tembak, bila pulak kita nak sedar kan ? Melalui tembakan sebegitu, sedikit sebanyak saya belajar memperbaiki diri. Terima kasih ustaz kerana selalu 'menembak tepat'.

Tapi,
situasi jadi agak sukar apabila tiada siapa yang ingin menembak. Waktu itu, tembakan harus dari dalam bukan lagi dari luar semacam biasa. 

Apapun, janganlah berhenti menembak diri sendiri andai kita mula lupa pada-Nya!

Mari berintrospeksi kerana kita milik-Nya !