Wednesday, February 8, 2012

Jangan Berhenti !

Hit your nose !
" Hit the nose. "

Saya sukakan ungkapan ini. 

Untuk istiqamah bukanlah suatu perkara yang mudah. Pengorbanan yang amat besar dituntut untuk kita realisasikannya. Sebab itu, kita perlu sentiasa mencari suasana yang boleh membantu kita untuk berterusan mujahadah. Sewaktu di sekolah dulu, saya ada peluang berusrah dengan seorang ustaz. Ustaz Rajaie namanya. Alhamdulillah, sekarang dengarnya dia dah tamat pengajian Master di UKM. Bila dalam majlis bersamanya, ustaz selalu " hit the nose" kami ahli-ahlinya. Terasa dipukul apabila pengisian yang diberi seolah-olah menembak selaju peluru kepada kami. Entahlah, mungkin ada yang kata biasa-biasa saja. Tapi bagi saya, tembakan-tembakan seperti itu yang saya mahukan. Bukan apa, kadangkala kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu salah dan proses berintrospeksi itu bukan saja harus tapi mesti ada. Kalau tak ada yang tembak, bila pulak kita nak sedar kan ? Melalui tembakan sebegitu, sedikit sebanyak saya belajar memperbaiki diri. Terima kasih ustaz kerana selalu 'menembak tepat'.

Tapi,
situasi jadi agak sukar apabila tiada siapa yang ingin menembak. Waktu itu, tembakan harus dari dalam bukan lagi dari luar semacam biasa. 

Apapun, janganlah berhenti menembak diri sendiri andai kita mula lupa pada-Nya!

Mari berintrospeksi kerana kita milik-Nya !

2 comments:

  1. terbaekk wokk.introspeksi tu ape ye?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. trimas afiq sudi singgah blog picisan ni. Ha5. introspeksi=muhasabah.

      Delete